Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers baby baby

Tuesday, July 14, 2009

** PENGAJARAN untuk KITA **

Saje nak kongsi sama2 cerita ni pada yg blum pernah baca lagi..mama iena yg EMAILkan pada iena pagi tadi....trima kasih mama....kisah2 macam ni wat pengajaran pada kita untuk trus ingat kewajipan kita pada Allah....



Pengetahuan bersama........rugi tak baca
Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Ara b masuk ke dalam masjid dengan
menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka
baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak
memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan
Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut
orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah
bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan
memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah
orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W
dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada
Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi
seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada
pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu
sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan
dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila
mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit
leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu
mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang
memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya".

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN

1 comment:

MiszMama said...

Seramnye bace ni..semua tu harus kite ambil iktibar. semoga kite semue di dalam golongan org2 yg di redhai..aminn