Friday, July 31, 2009

~ Mama_Aqish Giveaway ~


:: STICKY MODE ::

haha...last minute baru nak join..leh yee mama aqish..harap2 ada rezeki uzma kali ni

Mama_Aqish Giveaway @ My Cute Lil Princess



1. ADD URL Link Mama di blog list @ blog roll anda & Anda diwajibkan menjadi Follower http://damiaqish.blogspot.com/ & link semula url mama pasal contest ni & tepek as a banner di blog masing2....
:: ok..done ::

2. Contest ni terbuka untuk semua Baby Boy &Girls yang berumur dari 1 bulan sehingga ke 1-2 tahun.
:: DOB Muhammad Uzma Bin Md Mustaqim - 28 Oct 2008 - ok..menepati syarat ::

3. Hanya seorang pemenang saja yang akan dipilih, tetapi sekiranya penyertaan amat menggalakkan hadiah mungkin akan ditambah
:: gud luck big boy uzma ::


4. Sila upload sekeping gambar saje k....& sertakan sekali dengan nama & tarikh lahir anak anda



:: Nama : MUHAMMAD UZMA BIN MD MUSTAQIM ::
:: Tarikh Lahir : 28 OCT 2008 ::

5. Sila pastikan entry mengenai contest ini dijadikan sebagai STICKY MODE di blog anda & sape yang paling banyak wat komen kat Blog mama ni (tak kira entry mana pun)akan mempunyai peluang cerah untuk menang (klu baru join mcm mana lak?huhu)....
:: ok..done ::

6. Bila dah siap, tinggalkan URL link mengenai contest ni beserta nama anda & anak anda di entri ini.....
:: ok..done ::

7. Kenapa anak anda harus mendapat award MY CUTE LIL PRINCE @ PRINCESS??
:: kerana maksud UZMA (TERBAIK)...jadi anak mama mmg yg terbaik..dia lah hero dan anak yg paling comel dimata kami...anak yg bijak dan pandai mencuit hati sesiapa saje ngan sikap dan keletahnya..anak mama patut menang..insya'allah.. ::

8. Ape yang anda tahu pasal blog Mama_Aqish?
:: iena dah lama jadi follower blog mama aqish ni dr my blogger friends..setiap hari mesti terjah..mmg menarik..banyak info ttg tempat yg ada buat sales barangan baby terutamanya...(suka sgt sbb iena suka shopping..)thanks sebab sudi berkongsi info2 tu semua..byk gak cita pasal aqish..hal2 mama..dan mcm2 cerita ada dlm blog mama aqish...tu yg x pernah miss walau sehari... ::

Thursday, July 30, 2009

BIJAK & PINTAR


Hero mama & papa ni dah 9bln....x lama je lagi masuk setahun...sekejap sgt masa berlalu...x percaya je rasa tapi itu lah hakikatnya...

Uzma semakin hari semakin bijak & pintar...ada saje benda baru yg kan dia tunjukkan pada kami...kadang2 melucukan & mencuit hati kami sekeluarga...

PERKEMBANGAN UZMA DARI 7 - 9 BULAN

~ menjulur...merangkak & duduk
~ memanjat , berdiri & gegar pagar sekuat hati
~ Pandai mengacu..mengetuk & menunjuk
~ Peka ngan suara(cam suara siapa..)& bunyi..lagi2 bunyi motor..suka betul ngan motor
~ bersalam (dari umur 4 bln lg..)
~ Pandai main kejar2..kadang2 sian kat uzma..yg di kejar tu kakak / abg yg dah
berjalan...yg uzma ni merangkak je..baru nak sampai dorang lari..uzma kejar..nak
sampai dorang lari lg..tapi uzma seronok..gelak2 dia main...
~ angkat tangan & bye2...
~ angkat tangan & buat seolah2 menahan roti babu..STOPPP....!!
~ angkat tangan kemudian petik2 jari..x bunyi..last2 di bunyikan pakai mulut..hihi..
~ mulut semakin byk yg kuar...cth: elleh..ya..kakak..J.J(jusco)..ayah(tok ayah)..mak
(mak usu,adik bongsu iena..)..mamam...
~ uzma kenal botol dia...pinggan bubur dia(klu bwk pinggan lain x heran..tp pinggan
dia..dia akan sebut..mamam..) & barang2 dia...
~ klu time belajar..iena panggil nama..uzma akan angkat tangan..x pun uzma akan jawab
YAa..maknanya dia kenal
nama dia..klu menyanyi..uzma akan joget kiri kanan..tp klu ngaji dia akan gerakkan
kepala & kaki ke depan dan belakang...
~ Uzma tahu kalau papa / mama dia bersiap..mcm iena pakai tudung..maknanya nak kuar..
tapi klu iena gitau uzma yg iena hanya nak kuar jemur kain ke..siram pokok ke..uzma
x kan kisah..(uzma mmg faham...)
~ pandai main bola sepak , gelongsor & mainan yg kat J.J tu..masukkan duit tu..mmg
uzma suka..hihi..
~ Uzma kalau iena tgh lipat kain..dia akan panjat baldi dan akan tolong kuarkan kain
dari dlm baldi tuh..rajin sungguh anak mama....
~ Uzma cukup faham klu papa / mama dia tegur sesuatu yg x elok / yg x sepatutnya uzma
buat...(cth: babab muka kwn ke..ketuk kepala dia kat kepala kwn ke...)
dia akan buat muka slumber jee..marah la konon tuh...
~ hahh yg ni paling lomah..pandai cubit..cengkam...dan jentik(yg ni x jadi sgt..)
tapi yg ni nasib baik kat kawan2 uzma x buat..menjawab nanti mama tau kat parents..
~ makan pun dah pandai memilih...klu bubur nak kena campur ayam skit..klu x..x selera
sgt makan..hmm...x leh la kan mcm tuh...carrot pun x bape suka..klu campur telur
kuning uzma suka gak...kecik2 dah pandai gini klu besar x tau la...
~ Malam dah pandai tido sendiri..klu x iena..papa dia hanya sekadar temankan saje..
sementara nak tido tu...iena akan bacakan doa tido..surah2 lazim...bg pesanan /
nasihat kat uzma kemudian selawat 3x dan hembus kan ubun2 uzma...



 

TANIAH Muhammad Uzma...mama & papa akan sentiasa mendidik uzma menjadi anak yg bijak & soleh....menjadi anak kebanggaan semua orang...insya'allah...

ada yg salah ertikan maksud iena...m.maaf klu ada yg terasa....semua anak yg di lahirkan semuanya bijak...dan akan bertambah bijak klu ibu bapa tu pandai mainkan peranan mereka membentuk anak tu.......



kereta ni bergerak tau...hihi..x leh duduk sbb nanti x sampai nak pegang..haha..ok la tu..

TQ kak kirana

Happy sgt rasanya bila apa yg di ingini berhasil...

Hahaha..apakah yg dimaksudkan itu....
jeng..jeng...jeng......



jgn jeles dan muntah hijau ye bila baca....






BERAT BADAN IENA BERJAYA DITURUNKAN....
tq KAK KIRANA...dgn info2 yg diberikan..iena BERJAYA...!!!


psst : hari ni iena pakai baju kebaya masa zaman ala2 remaja dulu...
suka sgt2....!!


cuma En Abg pesan jgn kurus sgt...nanti x lawa dia kata...hihihi



susulan cita...

berat iena masa jadi isteri org dari 45kg naik 48 kg

masa ngandungkan uzma naik mendadak 62 kg

pas bersalin berpantang turun 54 kg

cuba turunkan lagi jadi 52 kg sampai la ke sudah x turun2...liat betul..!!

la ni...dah berjaya turun jadi 50 kg...tgh berusaha nak turunkan lagi jadikan
berat masa baru2 kawen 48 kg...hihi....


ok..kat NEEZAREEF....ni gambar petang semalam...keh3...
gelap skit sbb dah senja waktu tu...





kenapa ni...??!

Tengah pelik sebenarnya nih...

dari semalam lagi iena x nampak kotak followers? i follow them too iena tuh...knp ekk??

kawan nampak x...??ke blog iena je yg prob...??huhu....


tolong2...sape leh selesaikan masalah iena nih...

Wednesday, July 29, 2009

~ untuk semua ~

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari..

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Dari cerita ni (kelebihan dan pahala muazin dapat tu..!! masyaAllah)
alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan dimasjid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, k era s dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang b era gama
Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita
takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. " yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ."semasa
sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbal'alamin.."

sekali SAKIT

Huhuu...sian anak mama sorang nih...

Kan hari tu iena ada gtau uzma meragam nak tumbuh gigi kan..pastu uzma demam malam..panas sgt kat kepala..tapak tangan & kaki...sampai terasa haba dari kepala uzma..tiap2 malam iena lumur kepala uzma ngan air asam...x kebah2 demam dia...mcm ubat pun mcm x jalan je...

Dalam masa yg sama...celah punggung uzma melecet teruk sgt..x tahu kenapa...sedangkan iena x kan biarkan lama klu uzma membuang..iena mesti cepat2 cuci..pastu klu rasa tgh2 celah melecet tuh..trasa panas tau...Eee mesti sakitkan syg..lagi satu mata uzma berair dan bertaik skit..dah dua hari..kami sangkakan sbb badan uzma terlalu panas tu yg menyebabkan mata uzma bertaik...

Semalam disebabkan kesian tgk keadaan uzma..sampai nak duduk pun dia trasa sakit..kita org bawak gi klinik lagi..seblum ni mcm2 krim iena sapu..x berkesan gak..kat klinik Doc bg krim khas tuk disapukan..dan nak dijadikan cerita..yg mata uzma tu sebenarnya bukan disebabkan demam..uzma mmg sakit mata...laa anak mama intai anak dara mana nih..hihi...nasib baik gak la bwk gi klinik..klu x..x pasal2 melarat sakit mata tuh...

Itu la kisahnya ragam anak iena bulan ni yg dah masuk 9bln...sekali sakit..macam2 ada yee syg...yg penting hero mama mmg kuatkan...mama & papa sayangggg uzma...

Tuesday, July 28, 2009

AVENT ohh AVENT

Semestinya kita sebagai mak bapak nak yg terbaik untuk anak2 kan...gitu juga iena..mesti nak bg yg terbaik untuk uzma dan adik2 uzma nanti..insya'allah..jadi tuk botol kegunaan uzma iena pilih brand AVENT...kita sedia maklum ngan kelebihan dia kan..walaupun rekaan botol dia agak simple..



Jadi bila uzma dah meningkat besar..selera pun besar la kan...koleksi botol AVENT uzma hanya yg utk 4oz saje...kadang2 uzma minum sampai 2 botol sekali minum sbb x cukup..(botol kedua iena wat takat 2oz aje..)jadi kami nak belikan botol yg tinggi..yg jadi masalahnya kami berdua mmg x berminat botol yg tinggi tu..mmg nmpak buruk di mata kami..huhu...jadi kami belikan uzma botol brand NUBY..fungsi dia lebih kurang mcm AVENT gak..malangnya uzma x suka...sbb rekaan puting dia jauh berbeza..walaupun saiznya sama...

RM26.90(klu x silap..lbih kurang...)

Nak di jadikan cerita..kami gi lagi ke KLCC...cari kat mother care..x de yg kenan gak..mcm mana nak buat ekk...kat umah iena nak rebus puting AVENT yg iena beli masa JCARD DAY ari tuh..tgh buka2 tampalan tuh..iena nampak note gambar yg ada menunjuk untuk botol air bleh dibuat botol susu gak..maknanya..puting tuk minum air tuh leh ditukar ngan puting susu...wahh rasa seronok lak masa tuh..nape la selama ni leh x pasan...huhu...dan kami dapatkan juga untuk uzma..dan uzma minum macam biasa..cuma dia pelik skit sbb berwarna..(uzma cam botol dia tau..hihi...)itu lah kisahnya..jgn muak yee baca N3 ni...hahaha...

RM36.90 (comelkan..hihi...)

kami LIMA beradik

Nak tanya...sape tgk cerekarama Sabtu lepas...tajuk "KETENTUAN"...hmm En Abg tanya..betul ke ada adik beradik mcm tuh..iena jawab..sbb ada la dorang wat kisah mcm ni..tuk panduan kita semua...


Macam kami lima beradik..mmg ayah & mama dah terapkan kasih sayang antara satu sama lain...ayah cukup pantang klu kami berjaduh atau bercakap kasar...ayah selalu pesan..ADIK2 BERADIK JGN GADUH2..JGN ADA SIFAT CEMBURU ATAU HASAD DENGKI...byk lagi yg ayah dan mama pesan pada kami lima beradik..terutama iena sbg anak sulung..dan adik kedua iena..sbb kami beza setahun je...kami mmg rapat..jadi ayah dan mama pesan jangan ada jurang skit pun antara adik beradik lain..walaupun jarak umur yg berbeza..


Iena ingat lagi...masa tu zaman budak2 hingusan la...iena ngan adik dah siap2 nak gi sekolah..adik dah siap yg iena tgh pakai tudung..kebetulan..tudung iena kotor skit je..iena mcm x puas hati..nak tudung yg adik pakai sbb cantik bersih..kami bergaduh..ayah yg tgh tunggu di bawah tuk antar kami dengar kami bergaduh..ayah naik atas..trus marah kami dua beradik..ayah bantai kami ngan tali pinggang dan ayah x kasi kami gi sekolah hari tuh...sambil ayah bantai sambil tuh ayah marah la.."KAN AYAH DAH PESAN..ADIK BERADIK JGN NAK GADUH2...!!JGN ADA RASA IRI HATI ATAU........"huhu...kami menangis kesakitan..tapi kami x salahkan ayah sbb kami tahu apa yg ayah buat tu betul...SIAN ADIK IENA X PASAI2 KENA PUKUL...hihi..(sori mok..)


Antara kami dua beradik ngan adik no tiga..jarak mmg jauh...jadi kami x berapa ngam...antara ada alami masalah skit lepas tuh...dan adik terpaksa cuti sekolah selama tiga bulan tuk menjalani rawatan...dan selepas tahu keadaan adik..mama selalu pesan kat kami...jangan sisihkan adik sbb jarak umur yg jauh berbeza...ajak borak sekali...layan mcm biasa...dan mcm2 la...selepas tuh kami ok mcm biasa sampai la sekarang....kami mmg riuh..hihi.....(kan mok2...)


Tak lama tuh kami dapat adik lelaki...sbb kami tiga dara...seronok dan tiuh la umah tuh....bertahun pas tuh..kami empat beradik dah besar..mama dan ayah nak penyeri umah lagi..dan adik bongsu kami perempuan...jadi la kami lima beradik yg sangat rapat dan penuh ngan kasih sayang atas didikan dan asuhan ayah dan mama....


Berbalik cerita ketentuan tuh...sape yg harus dipersalahkan...??mak bapak...??diri dia sendiri disebabkan lupa diri...??atau sbg suami yg skit x bertanggungjawab terhadap isteri bila isteri dia berperangai begitu ngan ayah..mak dan adik beradik dia...RENUNG RENUNGKAN LAH....

Monday, July 27, 2009

hidup mcm roda

Kenapa TITLE hari ni mcm tuh...nak berkongsi cerita...
betul...HIDUP NI MACAM RODA...sekejap kita di atas dan sekejap kita dibawah..kita x kan berada di atas SELAMAnya......


Sebelum kawen..iena mmg duduk ngan FAMILY...x penah berpisah dan duduk berasing..sakit pening demam iena sentiasa bersama ayah&mama..dan mmg iena akan cari mama...menangis..merengek..mengadu kat mama....(nak kata manja x la..tapi mmg gitu lah iena diantara adik2 yg lain..)iena klu sakit mmg lembek habis..hihi...


Dan sekarang iena dah jadi isteri Md Mustaqim dan mama Muhammad Uzma..mmg saat berpisah ngan family..duk berasing...iena sedih dan berasa janggal..tapi lama2 ia menjadi kebiasaan..cuma satu je...klu sakit tetap iena merengek kat mama...walaupun dah ada uzma...


Sekarang tiba giliran iena merasa mcm mana mama rasa...(walaupun iena jaga anak org..berbeza ye jaga anak sendiri...)iena mmg penyabar..tapi sampai tahap iena x leh tahan..iena pun ikut nangis sekali..haha..bukan apa..sbb risau ngan keadaan anak klu dah nmpak lain mcm dari biasa...uzma bukan jenis anak yg kuat menangis atau merengek...tapi bila ada masa jadi mcm tu kat uzma..iena akan merungut/menagis kat mama..bercerita keadaan uzma...

Tengok je kat sini..dah leh nampakkan...mama bleh sabar dan tahan ngan kerenah iena&adik2 dari kecik sampai la sekarang...iena lak yg baru jaga uzma 8 bln...dah byk merungut...sungguh memalukan kan...??huhu...jadi sejak hari tuh iena tanamkan azam tuk kuat harungi apa saje cabaran semasa membesarkan uzma & bakal adik2 uzma mcm mama jaga kami 5 beradik.....
itulah..dulu iena di atas...dilayan bagai puteri...sekarang iena di bawah...berada di tempat mama dahulu...merasa..melayan...menjaga kerenah anak sendiri....

kurang la skit....

Alahmdulillah..walaupun lum sembuh sepenuhnya tapi sekurangnya nampak la kurang skit dari minggu lepas....iena dapatkan rawatan dr klinik homeopathy untuk uzma....Doc kata mmg ada bengkak yg truk skit kat gusi uzma yg menyebabkan uzma meragam dan panas dalam...pas makan ubat tu uzma nampak ceria skit....syukur sgt2...


Sebelum ni iena bg biskut bite ni tuk uzma wat makan main2..yelah uzma kan makan bubur masakan mama dia...(kadang2 mama dia pun bedal biskut ni..ok apa..kenyang gak klu wat tuk alas perut..hihi...)



Dan disebabkan uzma gatai gusi...iena bagi biskut ni plak...agak keras tapi sesuai tuk anak yg sedang naik gigi...dan ia gak elok tuk gusi anak...(uzma siap main ketuk2 lagi...sbb keras..hihi.....)



psstt : mmg susah hati klu anak x sihat ni..skang mcm2 penyakitkan..

Friday, July 24, 2009

~ satukan CERITA ~

Patutnya pagi JUMAAT la pagi yg ceria....(mungkin sbb esok cuti...atau time lunch lama tuk org pompuan..hihi...atau apa aje la...)


Tapi mood iena x brapa nak ok...mungkin sbb bendera tgh berkibar...mungkin gak sbb sakit2 badan..mungkin gak sbb beberapa hari x cukup tido (uzma meragam je mlm..tgh naik gigi..sakit kot / x selesa kot...)hmm.........

nak cita malam tadi iena makan ikan dori special...hmm...layan...ada kah iena wat sendiri...Ohh...TIDAKKKK......penyakit M mengusai diri..keh3....




dan pagi tadi iena cuma mkn sebiji coklat ferrero rocher...mmg coklat kesukaan iena..layannn je klu mkn berbiji2...hihi....mesti ada stok dlm peti ais..


Nak cita lak pasal uzma....

Uzma 2-3 hari ni minum susu skit je..x minum langsung pun ada...klu tido malam selalu uzma akan bangun minum 2 kali...iena sekali pun dia x nak minum..tapi merengek je nak tido..makan pun x selera...sampai nangis2 klu nak bg makan...uzma cuma nak minum air masak je...

risau dan susah hati iena bila tgk badan uzma makin susut...hmm...mmg macam ni ke klu anak nak tumbuh gigi...??tolong iena....iena x de pengalaman lagi....

pastu klu dia aktif iena x kisah sgt...ni meragam je...pastu kerap menangis..sungguh2 lak tuh...uzma bukan mcm ni..dia klu demam ke apa x mcm ni pun..dia tetap aktif..tapi kali ni mcm ni lak...mmg normal ker...??huhu...


pstt : kawan2 ku..bantu2 tenangkan hati ku....

Thursday, July 23, 2009

jangan JELES yee

Pagi tadi dlm kul9 kami 3 branak kluar(bukan gi JCARD DAY yee..)tapi bwk uzma gi PAKAR..cheak asma dia...sbb dah 3 mlm uzma tido x lena...kerap kena..

Dah SETEL semua urusan uzma..kami pun balik..en abg perlu masuk ofic..tapi tgk jam awal lg..mula la aku tergedik2 ajak en abg pergi ke JUSCO....hahahaa...dan x sangka lak en abg meLAYAN permintaan ku...en abg cuma pesan jgn lama2...ok jgn JELES yee...hahaha...

Sampai je sana trus pergi tempat PERMAINAN...Ohh x berminat la nak beli baju2 uzma kat situ..SORI...cari2...pilih2....hihi..tgk la apa yg sempat kai beli dlm masa setengah jam..kemudian kami terus bayar dan balik...ok x...??
*
*
*
*
*
*
V



mcm pampers ni pun x la murah sgt..tapi beli jelah..mmg uzma pakai pampers ni pun...klu puting event tu trasa la urah skit..hihi....




mainan ni dapat la 10% less..ok lah...dari x de kan...nanti uzma da main kita tepek gambar ekk....


pstt : mama iena mmg klu JCARD sanggup cuti..kul8 dah terpacak sampai la JUSCO nak tutup blum balik lg..mmg tiap2 tahun mcm tu..patutnya JUSCO kena bg ANUGRAH tau kat mama iena...hhahaha.....

Wednesday, July 22, 2009

pernah CUBA tak..??

Hihi...jangan meLUAT ye...
iena ni mmg suka menCUBA sesuatu yg baru...tapi agak2 la jugak..

Hmm setiap kali iena gi JUSCO..iena tgk kedai dia mesti ramai org yg membeli..jadi menarik perhatian iena untuk menyibukkan diri untuk tahu apa yg dorang duk beli tu..

Rupa dia adalah salah satu dr makanan orang JEPUN..nama dia TAKO TAO..dlm TAKO tuh kita leh minta nak letak apa...UDANG..SOTONG..AYAM..BELUT pun ada...hihi...dan rasa dia amat la sedap diTEKAK iena..hahaha...kira ngan la...dan membuatkan iena ketagih la plak..

Kadang2 sampai bodek2 En Abg suruh bwk gi JUSCO semata2 nak beli TAKO...keh3...En Abg mmg baik hati melayan tekak bini dia nih...sygggg dia...

jadi sape2 yg lum cuba...silalah...







~~MAMA UZMA NAK BG HADIAH ~~

hadiah ayah

Hari ni TERBUKA hati nak bg hadiah kat kengkawan.....

TAPIiii...................

KHAS untuk ibu/mama/mommy/mak yg tgh sarat mengandung sahaja....

HADIAH untuk baby boy & girl....

No akan di beri..bila TARIKH DITUTUP...No akan dicabut dan No YG naik TU LAH yg akan menerima HADIAH tu....hmm paham x....??klu x paham leh tanya ekk....

mcm biasa mesti la ada syaratnya..

1. Add blog MamA_Uzma di bloglist anda dan menjadi FOLLOWER Mama_Uzma

2. upload GAMBAR letakkan disidebar kiri blog anda

3. Tinggalkan KOMEN DI ENTRY ni....No cabutan akan di beritahu...

apa2 iena akan update lagi....

last 22hb....
sebar2kan ye...tq2.......!!

yang BERTUAH.....

Mesti yg JOIN ternanti2 no mereka berTUAH atau x kan...hihi...

Ok..pagi2 tadi BIGBOY UZMA dah tarik NO UNDI....disebabkan x ramai yg join...iena berbesar hati menambah lagi satu HADIAH...hihi...

NO YG BERTUAH ITU IALAH :

002 ~ PUAN IZA

005 ~ SWEETFIZA

007 ~ ZIE FAUZI


TANIAH ye...pada yg lain jgn BERKECIL HATI...ada REZEKI iena akan wat lagi..insya'allah...

ok...nanti tolong E MAIL iena ALAMAT..NO FON yee...TQ...

Tuesday, July 21, 2009

** breastfeeding **

Iena sebenarnya dah lama nak wat N3 ni..tapi x terbuat sampai la pagi tadi iena baca blog kak azza (azzamoro) yg dia TERSENTAP ngan beberapa org yg seolah2 menyindirnya kerna x berJAYA BREASTFEED anaknya...iena faham perasaan dia sbb iena juga mengalami cuma caranya yg berbeza....


Seblum uzma dilahirkan lagi iena dah berazam tuk nyusukan uzma sepenuhnya tanpa menggunakan susu formula...sbb iena mmg tahu kebaikannya...dan iena juga banyak belajar tentang breastfeeding...


Setelah selamat uzma dilahirkan...iena berjaya memberi uzma susu badan..iena terlalu bahagia dan bersyukur kerna iena mampu breastfeedkan uzma....dalam pantang x de masalah jugak...klu iena pam..penuh botal..tapi makin hari iena trasa susu iena makin kurang..kadang2 sampai luka berdarah sbb uzma x puas menyusu,dia gigit2 kelaparan..iena minta bantuan ibu yg pandai mengurut..urutkan breast iena..ibu tu pun terkejut tgk susu iena cantik putih bersih pekat..x sesetgh org yg cair dan kuning..mama iena pun hari2 watkan sup lobak putih tuk tambahkan susu...tapi hasilnya.....tetap x memuaskan...susu iena makin skit...iena mula susah hati..uzma semakin kerap meragam...

Sampai la satu hari tuh mula la ada suara2 sumbang yg menyuruh iena memberikan susu formula pada uzma.....sebab uzma kerap menangis kelaparan...iena cuba juga nak bertahan tapi x mampu..ngan keadaan iena waktu..menanggu sakit sbb bukan bersalin secara normal..mmg perit tiap kali iena terpaksa bangun duduk utk myusukan uzma...apa kan daya iena mungkin bukan rezeki uzma sbb susu iena mula kering..dgn hati yg sedih dan kecewa iena terpaksa beri uzma susu formula...dlm masa yg sama iena beri juga susu badan..tapi yelah...kata pun dah kering..mmg mengamuk la dia waktu tu..nak x nak uzma menyusu susu formula...sedih sgt......maafkan mama ye syg..

Memang terasa kerdil sgt bila kita jumpa org...org bertanya.."anak nyusu badan ker tak..??"knp la perlu tanya soalan yg bg iena agak sensitif....bukan kehendak kita nak jadi macam ni...iena cuma harap klu uzma ada adik nanti iena akan jaga pemakanan dr awal kandungan tuk pastikan iena berjaya nyusukan anak iena sepenuhnya...insya'allah....

~* NO CABUTAN *~

~ 001 baBe_ieza

~ 002 Puan Iza

~ 003 Mdanial

~ 004 Mrs.Anne

~ 005 sweetfiza

~ 006 Ena Qaisya

~ 007 ZiE FauZi
1
~ 008 AmiYs




Hahaha...7 org je ke...x pe2...rezeki pada yg bertuah...ok..tolong gitau dlm N3 ni jantina baby yg bakal anda lahirkan..senang tuk big boy iena wat cabutan...kang x pasai2 baby boy..bg hadiah baby gurl lak..hihi...ok tq2.....!!

GAMBAR kenduri ari tuh

Ehem2...ingat lg x ari Jumaat tu iena ada wat N3 pasal kenduri...Hari ni baru berkesempatan nak upload gambar2...hihi...x banyak pun..leh la wat2 cuci mata pagi hari yg indah ni..hihi....

layannnnn..............................(comel x uzma pakai baju mcm tuh...jauh mari tuu...)



MAJLIS X MULA LG..SEMPAT LG POSE....hihi



MAJLIS DAH BERMULA..UZMA DUK NGAN TOK AYAH nya....PANDAI ANAK MAMA..



SELESAI TAHLIL...apa lg MAKAN la...hihi..sedap tu lauk pauk...masak sendiri...




UZMA TGH KACAU UMMI MAKAN...SEGALA CELAH UZMA MASUK...X PUAS HATI SELAGI X DAPAT..




NENEK MUDA NAK BERGAMBAR GAK....layankan jee....






UZMA NGAN MUMMY yg kelekut...hahahaa


UZMA NGAN UMMI yg alaa2...gitu2....(mentel skit...)


Sunday, July 19, 2009

seKEJAP jee

seKEJAP je masa berLALU...

Uzma dah 8bln...Hari Sabtu petang Iena,Uzma & Jue gi minum kat JUSCO...tgh duk borak2 uzma duk tarik2 tangan iena...dia nak masukkan dlm mulut...iena x bagi(entah bersih ke tak kan tangan masa tuh..) Uzma x puas hati...tarik dan trus masukkan dlm mulut dia pastu dia gigit2....

Aikk...iena trasa tajam2..hati terdetik..."Uzma tumbuh gigi ke...??"iena x puas hati iena rasa balik...dan kompom gigi bawah uzma dah naik...mmg terkejut...balik trus gitau En Abg...

Malam tuh pas ngajar Uzma...duk sorang2..trasa yg masa tu berlalu begitu pantas...terbayang2 saat iena ngandungkan uzma sampai 9bln...saat iena menunggu selama tiga hari tuk melahirkan uzma dihospital..trasa sedihnya bila DOC kata terpaksa operate iena disebabkan uzma dah buang air besar...masih terasa betapa perit&sakitnya masa jarum dicucukkan di belakang badan iena sebanyak 5x...segalanya masih terasa......

Tapi bila kita ingin MELIHAT setiap tumbesaran anak...masa tu berlalu begitu pantas...slama ni iena TAK terasa sgt...tapi bila dapat tahu uzma dah tumbuh gigi..mmg terasa SEKEJAP sgt..pasni uzma berjalan...bercakap dgn fasih..tahu2 dah tadika...dan seterusnya....jadi rasa RUGI bila setiap SAAT kita x gunakan dgn seBAIK2nya BERSAMA anak...

Uzma....mama akan didik dan jaga uzma seHINGGA uzma menjadi anak yg BERJAYA&SOLEH...Uzma HERO&PELINDUNG utk papa..mama...&adik2 nanti...insya'allah....



Pssttt : Agaknya mcm ni MAMA iena rasakan bila melihat anak semakin membesar..


buat MAMA....kami BERJAYA ngan apa yg KAMI ada...dan KAMI akan
memBAHAGIAkan AYAH&MAMA selagi KAMI MAMPU....insya'allah...

hantu DURIAN

DURIAN....!!
iena klu nampak durian mmg menjerit punya la..mmg suka sgt...!!Iena leh makan berbiji2 tanpa henti..klu makan mmg x kisah org lah..iena menikmati ngan penuh perasaan..hahaha....masa ngandungkan uzma pun iena x de masalah tuk mkn..layannn...seMALAM en abg belikan 2 biji...aikk 2 biji je..mana cukup..x puas langsung...tapi hargai sgt2 sbb nak gak dia belikan..sanggup gak la dia menahan bau dlm keta..nasib baik x mabuk..keh3...

Klu nak tahu..iena berPASANGAN ngan org yg TAK MKN DURIAN..sape lg..EN ABG la...Hmmm mmg x SENTUHnya langsung..klu iena dah SETEL mkn..dia siap PESAN,basuh tangan mulut BERSIH2..dia x sanggup nak bau katanya...hahaha...minta2 uzma nanti suka mkn durian..ada GENG la mama...hihi....


Pssttt : buah yg bermusim je...yg x musim yg jual merata2 tu..X LAYANNNN...

Friday, July 17, 2009

** KENDURI **

Malam ni umah arwah nenek blah ayah ada wat KENDURI..umah arwah nenek dekat je sblah umah iena...hihi....tadi dah gi jenguk2..jap lg baru nak gi tolong apa2 yg patut....


Yg sedihnya..geram pun ada gak...last minute En Abg MSG yg dia kena blik LAMBAT...ada keje yg kena diSETELkan...hmm.....


Ok...akan iena tepek gambar2 yg menarik tu nanti...hihi....

N3 PETANG semalam

Hmm...kisahnya mcm ni...anak A yg berusia bwh seTAHUN ni dah lama cuti balik kampung...mmg seBLUM ni pun klu x cuti dia KUAT MENANGIS....tapi SEMALAM anak A ni dtg...kita paham la klu dia agak MERAGAM...


Yang jadi MASALAHnya...anak A ni MENANGIS x henti2...MELALAK2...MENJERIT2....mcm2 CARA kita org PUJUK...DUKUNG....DODOIkan...ajak MENYANYI...duk kat PANGKU...layan anak A ni mengalahkan layan ANAK SENDIRI....kita org mmg SABAR layan KERENAH dia..tapi dia hanya diam 5minit..kemudian smbg NANGIS berpanjangan...(klu korang dlm situasi mcm ni apa rasa...??)


Mak dia kerap MSG berTANYAkan anak dia...iena cakap jelah apa yg betul..dlm tgh hari tuh dia CALL...mmg anak dia tgh NANGIS(sedangkan pengasuh tgh dodoikan...)jadi dia dgr anak dia nangis...iena gitau la..mcm tu la kak anak akak dr pagi...naik risau dan pening kita org..yg mak A ckp..x pe akak m.tlg suami amik...


Tak lama tu bapak dia call...ngan nada yg KERAS(marah)..Hahh...apa CITA A...??iena pun cita la dari A-Z...leh dia marah iena.."awk PUJUK lah dia...DUKUNG ker..??apa2 lah janji dia x nangis...biasalah dia dah lama cuti..x kan awk x paham kot..!!awak PUJUK lah dia sampai diam...saya keje mana leh AMIK..!!"(apa korang RASA...??)


Mcm mana iena x marah ptg semalam....cakap KASAR...MARAH2...seOLAH2 kita org x CUBA PUJUK anak dia..dah seMEMANGnya anak dia x mkn PUJUK langsung...yg TAMBAH GERAMnya..anak dia MENANGIS KUAT...depan TASKA iena ada MEDAN SELERA...jadi SUARA dia dengar sampai LUAR...x ke nanti korang akan kata MACAM2...iena kena JAGA nama TASKA iena jugak...yg KESIANnya..anak2 lain...jadi x SELESA dgr anak A MELALAK2....


Hmmm mmg iena tau mcm2 CABARAN iena akan berDEPAN...tapi klu parents tu x tau nak HORMAT org...mcm mana....??

"dorang jadi gitu sbb dorang pikir dorang BAYAR...jadi kita kena IKUT je ker....??"

psstt : ptg tu isteri dia amik anak dah TERMALU ngan iena sbb prangai LAKI dia...

Thursday, July 16, 2009

2y@df087>?:"pl;

EeeeeeeeeeeEEeeeeeeeeee

tesion........!!!

gerammmm.....................!!!

sakit hati pun ada...........................!!!!!


asal la DORANG ni cakap ikut suka mulut je....!!


tgh panas HATI nih....!!!






psstt : nak gi amik wuduk tenangkan diri...

Alahai..mcm mana nih...

Alahai....mcm mana nih..klu uzma x tido...x dapat la mama nak berTENET....
duk panjat2 kaki mama nak kacau...dia pun nak berTENET gak..hmm...alamatnya
kena tunggu kawan2 uzma bangun...uzma ada kawan main...baru la mama mulakan OPERASI..keh3....



Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

----> SAMADA KITA SEDAR ATAU TIDAK.....renung2kan...

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya



Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?



Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.



Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.



Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.



Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.



Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.

Wednesday, July 15, 2009

seMALAM.....

seMALAM dalam kul 8:15 En Abg bertanya x nak gi mana2 ker...??rasa macam letih sgt badanKu ni..En Abg bersuara lg..."KITA GI JUSCO LA TEMPAH BAJU MELAYU.." "OK..!"

Sampai JUSCO...gi makan dulu..hmm bertanya2 nak mkn apa...tiba2 tringin nak mkn speggati di PIZZA HUT...jadi...apa lagi..ngan pantasnya kami melangkah ke sana...


Ok..kita suruh CHIP kita pilih dulu...hihi....

Yummy2 ni MENU terbaru...mmg layannnn ku makan..x toleh2 sampai lupa nak pelawa En Abg..keh3....
Hahaha...rasa mcm x kenyang lg...dgn muka x malunya..meminta sekeping roti pizza En Abg..hmm sodappnyaa....
Dh setel makan...kita org pun trus menuju ke butik B.M. OMAR untuk tempah tuk dipakai raya nanti..
Harga tuk dewasa...RM140 dan kanak2 RM110....En ABG kata okkita ok kan je.dia puas hati ngan hasil JAHITAN dorang..mmg cantik dan kemas....


Huhu...terlupa nak amik gambar uzma masa dia tgh ukur badan...yg ni je amik sbb nmpak comel sgt..hihi...tgh duk pilih saiz nih...alalaa...beraya sakan anak mama ni nanti...keh3...



psstttt : minta2 uzma time tuh dah pandai jalan...
mesti sejak punya....hihi

Tuesday, July 14, 2009

ada yg TAHU tak...??

ada yg tau x atau pun kenal ker freelance photographer...??

iena tgh mencari2 la..kita org nak amik gambar outdoor...klu amik2 pakai kamera biasa tu byk la..tapi klu yg ni mesti cantik dan puas hatikan...

hmm...klu ada gitau ye..dan harga yg agak la..jgn la yg ribu riban...hohoho....x mampu den..keh3...

** PENGAJARAN untuk KITA **

Saje nak kongsi sama2 cerita ni pada yg blum pernah baca lagi..mama iena yg EMAILkan pada iena pagi tadi....trima kasih mama....kisah2 macam ni wat pengajaran pada kita untuk trus ingat kewajipan kita pada Allah....



Pengetahuan bersama........rugi tak baca
Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Ara b masuk ke dalam masjid dengan
menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka
baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak
memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan
Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut
orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah
bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan
memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah
orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W
dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada
Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi
seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada
pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu
sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan
dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila
mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit
leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu
mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang
memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya".

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN

rasa BERSALAH tak...??

sajelah nak berkongsi cerita dan pengalaman ngan kengkawan...Ada parents kat TASKA iena ni mmg BERMASALAH skit bab2 membayar YURAN...selalu tertangguh..kadang2 bayar pun x PENUH...kami x berkira sgt sbb MEMAHAMI keadaan dia..

Parents ni...suami dia x berkerja..pada iena dr duk berhutang banyak2..bayar tertangguh2...ada baiknya awk jaga je sendiri anak tu kan..ini x...Selalu gak ayah iena nasihat kat parents ni...yelah..x eloklah wat mcm ni...anak awak makan minum mandi dijaga pengasuh tapi awk x bayar..kan x berkat tuh..apa yg anak awk mkn semua tu kira berhutang la kan....iena pelik tul ngan parents ni..x malu ker...??x rasa bersalah ke pada kami dan anak dia...??

Dipendekkan cita....dia x antar anak dia 2 orang katanya demam...ok lah kami x kisah..tup2 sampai masuk bulan baru dia x antar anak dia..senyap sepi macam tuh..iena call x jawab2...!!iena rasa dia mmg x antar dah anak dia kat taska iena..tapi dia X RASA BERSALAH ker ngan hutang dia pada kami...???apa dia rasa ye...??iena betui2 x paham ngan orang mcm ni....geram je rasa..anak dia yg no3 tu iena jaga dr umur 2bln smpai nak 2thn...skit pun iena x berkira ngan anak2 dia...leh dia lari mcm tu je tanpa jelaskan yuran yg tertunggak...

Memang jadi ikhtibar pada kami lepas ni buat baik biarlah berpada pada......

Monday, July 13, 2009

~TAG~ MY SWEETHEART

Hihi...tetiba malam ni sblum KU melayari mimpi2 indah..rajin la plak wat TAG ni yg iena amik dari blog miezaniera walaupun dia x TAG blogKU tapi dia ada kata sape2 yg ada suami leh wat..dan iena nak wat sbb TAG ni menarik..x penah lagi iena berceritakan ttg sweetheart iena secara umum..hihi.....(syg..klu baca...senyum jgn over ye...hihi...)



Siapa nama pasangan anda ?
Md Mustaqim Bin Zait

Brape umur dia??
25 thn..kami sebaya...(tapi ramai kata lakiKu TUO kerana masalah rambutnya..huhu..)

Apa pasangan anda minati??
minat dgr isteri dia mmbebel...hahahaa...dia paling suka main bola..dan tgk bola..

Apa karakter pasangan anda??
x leh nak baca karakter dia..berubah2 ikut musim..hahaha....tapi di suka berlawak

Makanan kegemaran?
nasi Ali(ada kat kedah je..)& semestinya masakan isteri dia lah..keh3...

Macam mana dia tido??
paling senang tido..letak kepala..tangan peluk bantal..kaki peluk bantal(kena ada 2 bantal..) isteri x dapat dipeluk sbb tgh2 ada JAGA...hahaha....

Apa kata pertama darinya ketika pertama kali berjumpa dulu?
hihi...kita org kenal melalui SMS je..firts jumpa dari jauh dia dah senyum2 kambing..iena da tergedik2 m.maaf sbb lambat..kata pertama dia.."ok..x pe.."

Apa yang buat anda suka padanya??
penyayang, responsible, penyabar(iena pun kalah..hihi..)ku trima dirinya seadanya..

Apakah impian anda & pasangan anda?
Hidup bersama hingga ke akhir hayat..cinta&k.syg x kan pudar selamanya...
mengubah gaya hidup yg ada sekarang..insya'allah...& byk lagi la...

Nak pass kat sape...??
sape2 lah yg rajin nak buat...hihi...

uzma & troli

Hari ni mcm x de mood nak bercerita...just baca2 blog kawan2 je...tapi iena tepek aksi uzma tuk tatapan kengkawan....





uzma dia mmg akan jelir lidah pada org yg suka menyakat dia...mcm ni..iena tgh ngusik nak amik biskut dia...dan itu la yg dia bagi kat iena...anak2....
 




korang MARAH x...??

Iena x tau nak cita macam mana....Hmm..ptg semalam gi ISETAN..shopping brg Uzma skit...korang nak tau apa yg wat iena marahh.....!!


Iena dukung Uzma..sbb Uzma mmg x nak duduk dlm keta dia...En Abg depan skit dari iena sbb dia bwk keta Uzma....tgh elok2 jalan...ada pasangan ni..berjalan mata pandang lain badan ke arah lain..yg laki dia yg bwk HELMET smpai 2biji badan dah la BESAR....!!leh LANGGAR iena..dan iena & uzma hampir2 JATUH...!!!!

Laki tuh bleh wat SLUMBER je...iena apa lagi...menjerit "WOII....!!" bini yg muka x bersalah "Ehh..SORI2...!!"(alaa2 mengada2...)iena x puas hati la...iena mmg marah la..iena sound ngan nada yg kuat..."SORI2...!!AKU NGAN ANAK AKU DAH NAK JATUH DIBUATNYA..!!" yg bini ni dia lak yg lbih angin ni menjawab..."Hai..org dah kata SORI...SORILAH...!!"(ngan muka x bersalah..laki dia lg hampeh..!!) iena jawab blik..nada yg lagi keras..."SENANG LA CAKAP SORI..CUBA KLU KENA BATANG HIDUNG SENDIRI..APA LAK RASA...??!SENGAL....!!" pastu dia tarik tangan laki dia gi arah lain...

Entah la..iena pun x tau nape iena HOT sesangat....!!sbb kenangkan iena dukung uzma dan KAMI mmg nak JATUH...iena sampai terkontrol2 kaki nak imbangkan badan..klu x mmg JATUH kita org semalam..dan wat iena tambah HOT...laki tuh skit pun x tunjuk rasa BERSALAH dia...yg lbih2 bini dia lak....Eee GERAM lah....nasib baik x merosakkan MOOD nak bershopping...huhh....!!

Friday, July 10, 2009

CANTIK tak....??


Korang2....cantik x....??
bleh plak malam tadi gatai2 try...
pastu..."ok..!!saya nak...!!!
"



kat umah tayang kat En Abg dia wat2 marah...
"bape banyak kasut nak beli...yg ada x terpakai2...
bersepah2 dlm keta la..kat rak kasut la..dlm umah la.."
(alaa sebenarnya dia geram la tuh sbb beli x ajak dia..hihi)

TAKZIAH BUAT REEBELLA SEKELUARGA..


Terkejut iena bila dapat tau berita ni....Bella ni kawan baik iena dalam forum GM....dah lama x masuk sejak2 tenet iena prob...pagi ni baru berkesempatan buka...buka2 terbaca TOPIK NI....

Kakak Bella..,Arwah Norasuri Mat Sarip meninggal dunia pada 2 july..iena x pasti siang atau malam...Untuk Bella dan sekeluarga...tabahkan hati..redha ngan pemergiannya....setiap yg hidup pasti akan mati...kita perlu berdoa agar rohnya di tempatkan bersama orang2 yg beriman..amin....

Pada kawan2 sahabat2 iena disini...mari kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah Noransuri Mat Sarip......Al-Fatihah.........

Thursday, July 9, 2009

SUKAnya UZMA

Malam tadi KAMI keluar gi JUSCO berhampiran rumah disebabkan tekak iena yang TERINGIN sgt nak makan makanan JEPUN tuh...apatah nama dia...cuba sekali nak lagi la.....

Dan dah setel semuanya saje la bawak Uzma bermain kat atas...sampai lah KAMI terjumpa benda alah ini...ingatkan Uzma x suka..rupanya SUKA plak dia sampai marah papa dia angkat ajak balik.....Alahaii...ni la yg wat KAMI lemah...x SAMPAI HATI...

Kami BERDUA dah macam nak BELIkan sgt dah...tapi SABAR dulu....tgh BODEK minta UMMI(adik iena no 2)BELIkan tuk Uzma.....haha..."Ummi...macam mana...??ok....??"Alaa murah je....RM150++ je.....hihi.........sabar ye Uzma...


psstt : jgn jemu cuci mata tgk gambar Uzma yee....